top of page

STIMULATERAPI SANA SINI

Pada 17 - 19 hb Mach 2015 Persatuan Pengamal Stimulatherapy Malaysia (PESTIMAL)dengan kerjasama Stimulatherapy Academy of Malaysia dan Stimulaterapi Minda 1Malaysia Sdn Bhd telah melakukan susulan ke Kota Kinabalu, Sabah bagi menilai keberhasilan Program Jelajah JITU 2014 peringkat negeri Sabah yang telah hampir satu tahun dilancarkan. Program tersebut dilancarkan oleh Dato’ Dr Hj Rusly Abdullah, Presiden PESTIMAL, bermula di Hotel SENTO Keningau pada jam 8.00 15.5.14.


Program yang mendapat sokongan padu PSD Sabah ini didapati sangat berjaya. Selepas Keningau program diteruskan di Hotel Tabung Haji, Kota kinabalu (sesi pagi 16.5.14) dan di Marudu Inn Sesi malam.Objektif program JITU adalah memberikan maklumat tepat kepada orang ramai tentang prospek program keusahawanan bidang Stimulaterapi yang dikendalikan sendiri oleh Dato Dr Hj Rusly Abdullah.


Dato Rusly, selaku Presiden PESTIMAL sangat menggalakkan rakyat Malaysia terutama bumiputra menceburi bidang perubatan komplimentari yang bernilai Rm12 billionsetahun ini. Melalui susulan ini, kita dapati minat dari masyarakat bertambah sekaligus membuka lembaran yang lebih memberangsangkan untuk perkembangan industri terapi di negeri Sabah. Bagaimana pun semua pihak harus bekerja lebih keras lagi ke arah memajukan industri ini.


Featured Posts
Check back soon
Once posts are published, you’ll see them here.
Recent Posts
Search By Tags
No tags yet.
Follow Us
  • Facebook Black Square
  • Twitter Black Square
  • Google+ Black Square
bottom of page