top of page

Soalan Lazim

Soalan 1: Ramai yang bertanya apakah stimulatherapy itu?

 

Stimulatherapy adalah sebuah modaliti yang lahir di Malaysia. Ia diasaskan oleh Dato’ Dr. Rusly Abdollah yang mempunyai pengalaman lebih 30 tahun dalam bidang perubatan komplimentari. Beliau telah mempelajari urutan tradisional Jawa dari neneknya sendiri dalam tahun 1972, kemudian mempelajari Acupressure di Johor Bahru dalam tahun 1986-88 dan belajar Acupuncture di Singapura dalam tahun 1990. Beliau giat melakukan kajian keberkesanan teknik urutan terutama urutan tradisional Nusantara. Beliau mendapati urutan tradisional Nusantara jika digabungkan dengan pengetahuan anatomi TCM (Traditional Chinese Medicines) yang bertunjangkan prinsip dwi polariti Yin Yang dan Body Meridian Theory akan mendatangkan kesan yang lebih positif. Thesis kajian beliau telah dikemukakan kepada Open International University For Complimmentary Medicines (OIUCM) di Colombo, Sri Lanka. Setelah dinilai oleh panel akademik OIUCM beliau dianugerahkan Ijazah Doktor Falsafah (PhD) oleh universiti tersebut.

 

Kemudian Dato’ Dr Rusly membina sebuah modaliti integrasi Acupressure dengan Urutan Jawa lalu diberi nama baru Stimulatherapy. Modaliti baru ini telah dikemukakan kepada Bahagian Perubatan Tradisional Dan Komplimentari (BPTK), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Ia dibenarkan untuk pengamalan dengan syarat ditubuhkan badan pengamal yang khusus. Hasilnya tertubuhlah Persatuan Pengamal Stimulatherapy Malaysia (PESTIMAL) di mana Dato’ Dr Rusly Abdullah sendiri menjadi Presidennya.

Atas saranan Kementerian Kesihatan sendiri, kini PESTIMAL telah bergabung pula dengan Federation of Complimentary and Natural Medical Association of Malaysia (FCNMAM).


 

Soalam 2: Kenapa perlu mendapatkan rawatan secara stimulaterapi?

 

Urutan Stimulatherapy merupakan satu ikhtiar untuk merawat pelbagai jenis masalah kesihatan yang semakin hari semakin rencam sekarang ini. Sebagai manusia kita wajib berikhtiar dengan menggembeling dan memanfaatkan segala ilmu atau kemahiran yang dianugerahkan oleh ALLAH SWT kepada kita.

Mengikut Vernon Coleman, pakar perubatan United Kingdom yang menulis dalam European Medical Journal (2002) 9 dari 10 penyakit yang menyerang tubuh boleh disembuhkan oleh sistem penyembuhan diri (self healing mechanism) yang ada secara semula jadi dalam tubuh setiap orang. Apa yang penting, system itu perlu dirangsang agar sentiasa siap sedia menghadapi setiap ancaman penyakit. Kaedah paling baik, selamat dan paling berkesan untuk merangsang tubuh adalah secara urutan dan picitan.


 

Soalan 3 : Penyakit apakah yang paling sesuai dirawat secara stimulatherapy?

 

Semua penyakit terjadi apabila kondisi homeostasis tubuh terjejas. Ketidakseimbangan fisiologi, emosi dan spirituality menjejaskan pengaliran tenaga hayat atau chi atau prana secara sekata dan menyeluruh. Organ organ tertentu akan melemah dan ini akan melemahkan juga organ organ pasangannya dalam prinsip Yin Yang. Urutan berbentuk stimulasi pada titik dan saloran tenaga terpilih akan merangsang secara timbal balas (causal relationship) organ lain yang bersambungan dengannya. Sebagai contoh apabila kita memicit beberapa titik disepanjang saloran jantung, ia akan turut member kesan kepada organ usus kecil dan seterusnya pembuluh darah dan seterusnya otak sebagai organ connectivity. Bermula dari otak ia akan menjalar keseluruh system saraf sehingga ke bahagian-bahagian lain tubuh. Maka penyakit yang berkaitan dengan system saraf paling sesuai untuk diikhtiarkan dengan kaedah stimulatherapy.

 

Soalan 4: Penerimaan orang ramai kepada stimulatherapy

 

Sebagai sebuah modality yang baru, tentulah ia belum begitu dikenali. Berdasarkan pengalaman para pesakit yang pernah menerima rawatan kita sentiasa menerima maklum balas yang amat positif. Banyak keluarga pesakit yang pada mulanya agak skeptical kini telah menjadi pelanggan regular yang setia dengan stimulatherapy. Sikap positif tentang kaedah stimulatherapy amat membantu, ia meningkatkan kebarangkalian untuk pulih. Apa yang penting adalah kerjasama yang ikhlas kedua-dua pihak.

 

Soalan 5: Kita ada mendengar Stimulatherapy menjadi tumpuan ibu bapa yang mempunyai anak

mengidap CP (Cerebrum Palsy) – betul ke?

 

prestasi pesakit secara keseluruhannya Penyakit CP adalah merujuk kepada cerebrum, iaitu kawasan otak yang terlibat. Kecacatan ini mungkin melibatkan hubungan antara cortex dengan bahagian-bahagian lain di dalam otak contohnya cerebellum. Selalunya masalah begini kita kaitkan dengan kondisi saraf yang menyempit ,ini mempengaruhi kapasiti oksigen yang boleh sampai ke otak. Kekurangan bekalan oksigen ke otak akan menjejaskan fungsi otak impaknya prestasi otak melemah dan menjejaskan.

 

Soalan 6: Bagaimana kalau kami berminat nak mempelajari dan seterusnya menjadi pengamal Stimulatherapy?

 

Semua orang dialu alukan mempelajari Stimulatherapy dan seterusnya menjadi pengamalnya yang sah dan terdaftar.

Sebelum menjadi pengamal seseorang hendaklah mengikuti kursus asas stimulatherapy selama 6 bulan secara sepenuh masa di Akademi Stimulaterapi Malaysia (ASTIM). Setelah tamat dan lulus ia boleh memohon menjadi ahli PESTIMAL. Setelah diterima sebagai ahli, ia hendaklah menjalani latihan pengamalan di mana mana klinik stimulatherapy yang ditauliahkan selama (minima) 3 bulan. Selepas itu barulah ia boleh menerima sijil pentauliahan pengamalan dari PESTIMAL. Sijil pengamalan perlu diperbaharui setiap tahun. Setiap pengamal diwajibkan menambahkan lagi pengetahuan dan kemahirannya tentang stimuatherapy dengan mengambil kursus kursus lanjutan. Minimanya setiap pengamal mestilah mendalami satu sub modality hingga ke peringkat diploma dengan Open International University For Complimentary Medicines (OIUCM) atau universiti-universiti yang affiliated to OIUCM.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

bottom of page